Mengambil kesempatan cuti kali ni saya bawa family memasuki kapal perang legenda TLDM iaitu KD Rahmat. Saya berbangga kerana saya adalah anak ex-navy dan pernah berpeluang memasuki kapal perang di era 80-an dulu. Untuk mengimbau kenangan lama dan memberi pengalaman baru kepada anak2 dan isteri, saya membawa mereka ke KD Rahmat.
Saya mempunyai ramai kenalan dan juga saudara yang pernah berkhidmatan dengan KD Rahmat. Oleh kerena kapal sudah terlalu lama dan sukar untuk mencari spare parts, TLDM telah menghadiahkan kepada kerejaan negeri Perak untuk dijadikan tarikan pelancong di Lumut.
Kepada yang berminat bolehlah singgah disini untuk mengalami sendiri pengalaman berada didalam kapal perang. Keselamatan haruslah diutamakan. Ini adalah kapal perang dan bukan dibina untuk keselesaan. Untuk perempuan dinasihatkan untuk memakai seluar dan tidak memakai kasut tumit tinggi kerana anda perlu menaiki tangga yang curam dan runcing. Anak anak juga perlu diberi perhatian lebih. Angin laut juga kuat diatas kapal dan kain, skirt dsb...harus dielakkan.